3 Tip Untuk Pengurus Projek
Salam & hai semua,

Nampaknya pada jam 4:14 AM saya masih lagi di office untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya diselesaikan. Sekali gus melanggar azam saya yang sebelum ini. Ini kerana sekarang agak sibuk dengan persiapan untuk pelancaran sistem MiniNiaga. Semua orang di Flarebiz Network sememangnya tidak cukup masa sekarang kerana hanya tinggal lebih kurang 6 hari lagi sebelum pelancaran sistem MiniNiaga.
Fuh, untuk projek MiniNiaga ini sekali lagi saya ditugaskan untuk menjadi projek manager. Nampaknya, saya mesti bertanggungjawab di atas segala apa yang berlaku sepanjang pelancaran sistem MiniNiaga.
Namun, saya agak bernasib baik kerana boleh menterjemahkan perjalanan projek ini mengikut acuan sendiri tanpa perlu risau mengenai status kerja. Maksudnya di sini saya tidak perlu risau walaupun projek ini gagal, saya tidak mungkin akan dipecat ha ha ha!
Itu bukan satu peluang untuk saya melakukan kerja dengan sambil lewa kerana jatuh bangun syarikat Flarebiz Network sedikit sebanyak terletak di tangan saya. Serius, saya cuba memberikan yang terbaik untuk projek MiniNiaga ini. Kenapa tak percaya? Tengok gambar di bawah:

Saya telah belajar untuk mengurus pelancaran produk secara online pada usia 17 tahun lagi ketika hendak melancarkan Ebook 101 Tip AdSense Terbongkar dan beberapa produk lain sehinggalah sekarang. Banyak yang saya belajar dalam proses tersebut.
Segala apa yang saya belajar berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya salurkan untuk pelancaran sistem MiniNiaga ini. Untuk pengetahuan anda, kami di Flarebiz Network biasanya akan memilih individu yang sesuai untuk menguruskan sesuatu projek. Contoh, projek ‘Contest Ulasan Niagakit‘ sebelum ini diketuai oleh saudara Hanny Ramzy.
3 Perkara Yang Difikirkan Penting
A leader has the vision and conviction that a dream can be achieved. He inspires the power and energy to get it done. – Polo Ralph Lauren
Apabila saya ditugaskan untuk menguruskan apa jua projek, saya fikir tiga perkara ini perlu difikirkan.
1) Jadual perjalanan projek – Bagi saya jadual perjalanan projek ataupun time frame merupakan sesuatu yang wajib. Time frame ini kita dah tetapkan sekian-sekian haribulan apa yang perlu dilakukan sehinggalah proses pelancaran projek.
Kuasa time frame adalah supaya kita sentiasa alert dengan apa yang perlu kita buat dan pada masa yang sama sebagai seorang pengurus projek, kita boleh mengingati orang lain mengenai kerja mereka. Bukan itu sahaja, apabila kita mewujudkan time frame juga kita sudah boleh agak apa masalah yang berlaku dan biasanya kita akan menyediakan plan B untuk sesuatu tugasan.
2) Agihkan tugas kepada orang yang betul – Apabila bekerja di dalam kumpulan, seorang pengurus projek perlulah bijak untuk memanipulasikan kelebihan individu untuk menjayakan projek tersebut. Secara ringkas, agihkan sesuatu tugas kepada individu yang tepat.
Contoh yang paling mudah ialah bahagian grafik kita akan serahkan kepada grafik designer untuk lakukannya. Seorang pengurus projek perlu betul-betul mengenali setiap individu di dalam team mereka. Agihkan kerja kepada orang yang tepat maka hasilnya akan jadi ‘terbaik dari ladang’.
3) Target untuk projek tersebut – Ramai yang silap apabila melakukan sesuatu projek tidak mempunyai target. Ataupun lebih tepat tidak mempunyai target yang realistik. Ramai daripada kita yang hendak jadi nahkoda kapal tetapi tidak tahu di mana hendak berlabuh.
Atau lebih teruk, nak jadi nahkoda memilih kapal yang salah untuk belayar di lautan yang dalam. Tidak realistik. Kita perlu meletakkan target yang realistik untuk sesuatu projek supaya kita lebih bermotivasi dan bermatlamat untuk bekerja. Pada masa yang sama, sebagai seorang pengurus projek, kita boleh memotivasikan ‘team’ dengan target tersebut.
Bagi saya itu adalah tiga perkara yang perlu dipertimbangkan sebagai seorang pengurus projek. Walaupun saya tidak belajar secara formal di universiti bagaimana untuk menguruskan sesuatu projek, tetapi itulah yang saya belajar daripada pengalaman menguruskan projek yang gagal sebelum ini.



0 comments:
Post a Comment