Oleh: Eruwan Gerry Norsen
Cara anda mendapatkan bekalan barangan untuk dijual di eBay, Lelong atau di laman web anda sendiri akan menentukan kejayaan anda sebagai seorang penjual dan juga akan menentukan jumlah keuntungan yang boleh anda perolehi di dalam perniagaan anda. Malangnya tidak ramai penjual yang menitikberatkan kepentingan sumber bekalan yang mereka perolehi di dalam perniagaan mereka.
Di sini saya ingin berkongsi beberapa tip mengenai cara untuk mendapatkan bekalan barangan untuk dijual:
1. Dapatkan Dari Kilang
Jika anda ingin mendapatkan sesuatu produk untuk dijual semula, cara terbaik adalah anda mendapatkannya terus daripada kilangnya atau daripada pembekal kilang tersebut.
Dengan berbuat demikian, anda akan memastikan yang anda akan mendapat harga yang paling rendah sebagai harga kos pembelian.
Terlalu ramai penjual yang melakukan kesalahan mendapatkan bekalan barangan untuk dijual semula daripada pembekal kedua atau ketiga di dalam jaringan bekalan barangan.
Anda harus faham, setiap pembekal perlu mendapatkan keuntungan di atas usaha dan masa mereka untuk memasarkan barangan kepada penjual yang ingin mendapatkan barangan tersebut. Oleh itu, mereka pasti akan mengambil keuntungan di atas setiap barang yang dibekalkan. Ini bermaksud, harga kos pembelian anda akan bertambah semakin banyak pembekal yang berada di dalam jaringan bekalan barangan anda.
Sudah pasti harga belian untuk satu produk yang anda dapatkan daripada pembekal ketiga di dalam jaringan pembekal adalah jauh lebih tinggi daripada harga produk yang sama yang anda dapatkan daripada pembekal pertama di dalam jaringan tersebut. Akibatnya, anda terpaksa menjual produk tersebut kepada pasaran pada harga keuntungan yang rendah.
Jika anda boleh mendapatkan produk terus daripada pekilang atau pembekal pertama anda akan mampu mendapat keuntungan yang lebih tinggi apabila anda menjualnya semula.
2. Pembelian Kuantiti Banyak
Salah satu lagi cara untuk menggurangkan kos barangan yang perlu anda bayar untuk setiap unit barang yang anda beli adalah dengan membeli secara borong atau pukal. Ini bermaksud yang anda membeli satu jenis barang dalam kuantiti yang banyak. Daripada membeli 3 – 5 unit, anda membeli sekali gus 100 – 300 unit.
Apabila anda melakukan pembelian dalam kuantiti yang banyak, pihak pekilang atau pembekal anda akan lebih sanggup memberikan harga yang rendah kepada anda kerana kos pembuatan mereka akan menjadi lebih rendah untuk setiap unit.
Dalam pada itu, anda boleh memohon penggurangan harga kepada satu harga yang jauh lebih rendah berbanding apa yang boleh anda perolehi dengan hanya membeli beberapa unit.
Namun demikian, sebelum bertindak membeli satu jenis barang dalam kuantiti yang banyak, pastikan yang anda telah melakukan kajian tentang permintaan pasaran untuk barang tersebut. Barang tersebut perlu mempunyai permintaan yang baik supaya anda boleh menjualnya dengan pantas dan mendapatkan semula wang yang telah anda laburkan untuk membeli bekalan tersebut.
Jika anda belum pernah lagi membuat pesanan bekalan barang dalam jumlah yang banyak, pastikan anda jangan terus berbuat demikian. Mulakan sedikit demi sedikit iaitu bermula dengan kuantiti barang yang sedikit dan melakukan penambahan pesanan untuk pesanan anda yang seterusnya sehingga anda mencapai jumlah banyak yang anda inginkan.
Dengan berbuat demikian, anda akan menimba pengalaman secara berperingkat-peringkat sehingga mampu membuat pesanan bekalan dalam kuantiti yang banyak.
3. Dropshipping
Teknik dropshipping merupakan salah satu teknik bekalan barang yang semakin popular di kalangan penjual barangan fizikal di eBay.
Di dalam teknik dropshipping, pihak pembekal akan membantu anda dari segi melakukan pembungkusan dan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan anda. Sebagai penjual, anda cuma perlu menumpukan fokus anda kepada mempromosikan barang anda dan menguruskan pesanan sekiranya terdapat pembelian.
Pesanan yang telah anda terima daripada pelanggan akan disalurkan kepada pembekal barangan anda yang mana seterusnya mereka akan melakukan pembungkusan dan penghantaran untuk anda.
Dengan menggunakan teknik ini, anda boleh menjimatkan masa dan tenaga anda di dalam menguruskan perniagaan. Masa dan tenaga anda boleh ditumpukan kepada perkara-perkara yang lebih penting di dalam menggembangkan perniagaan anda iaitu promosi dan penjualan.
Namun demikian, tidak ramai pembekal yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan dropshipping kepada pelanggan-pelanggan mereka kerana ianya memerlukan tenaga dan masa yang lebih daripada syarikat dan pekerja mereka.
Oleh itu, anda perlu berusaha mencari pembekal yang boleh membantu memberikan teknik dropshipping kepada anda.
Itulah sedikit sebanyak tip mendapatkan bekalan yang boleh saya berikan kepada anda. Jika anda boleh mengaplikasikan tip-tip tersebut, maka ia boleh membantu anda untuk menggembangkan perniagaan dan meningkatkan keuntungan anda dengan lebih mudah dan pantas.
Pada masa kini, negara China merupakan lubuk pembekal barangan yang terbesar di dunia dan kebanyakkan syarikat mereka mampu memberikan dropshipping untuk anda.
Oleh itu, jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai cara untuk mendapatkan barangan untuk dijual semula daripada negara China, saya syorkan anda mendapatkan pakej hebat saya iaitu Pakej Import Dari China di laman web berikut: www.ImportDariChina.com .



0 comments:
Post a Comment