Tuesday, November 2, 2010

Strategi mencipta permintaan perniagaan

Petang tadi saya & isteri bawa anak2 bawa main layang2 di ________ . dekat area tu ada satu kedai ni, jual layang-layang sahaja. apa yang menariknya adalah strategi yang dilakukan oleh kedai ni…

Kedai ni mengupah pekerjanya untuk bermain layang-layang di kawasan tersebut! Dan pekerjanya pula pandai main layang-layang yang berbagai jenis.

So, apa yang terjadi adalah, mereka yang beriadah di kawasan tu akan tertarik pada layang-layang yang dimainkan oleh pekerja kedai tersebut, dan secara automatik, ramai yang nak cuba (termasuk budak-budak kecil) dan beli layang-layang di kedai tersebut.

Satu strategi yang amat menarik oleh kerana kedai tersebut berjaya MENCIPTA permintaan!

Sekiranya anda menjalankan perniagaan, cari jalan bagaimana anda boleh menciptakan permintaan daripada keadaan yang tiada permintaan. Tahukah anda contoh perniagaan-perniagaan lain yang berjaya menciptakan permintaan?

0 comments:

Post a Comment