Pagi berikutnya, Aiman bangun lebih awal dari biasa. Hujan yang turun semalam masih menyisakan awan gelap di langit. Meski begitu, dia tetap dengan tekad untuk menjalani hari yang penuh cabaran ini. Selepas solat subuh, dia mengemas barang-barang dan bersiap untuk berlepas ke destinasi pertama. "Sihat ke, Aiman?" tanya ibunya sambil melihat anaknya yang sedang memeriksa motosikal di luar rumah. "Sihat, mak. Cuma agak letih sikit. Tapi tak apa, rezeki kena cari." Aiman memberikan senyuman kecil walaupun dalam hatinya ada rasa sedikit penat selepas hari yang panjang semalam. Dia menghidupkan enjin motosikalnya yang sedikit berderak, memulakan perjalanan dengan langkah penuh tanggungjawab. Setiap hari sebagai penghantar makanan bukanlah mudah, tetapi Aiman sudah terbiasa dengan ketidakpastian yang datang. Tidak semua pelanggan akan puas hati, dan tidak semua cuaca akan baik untuknya. Destinasi pertama hari itu adalah Dapur Asmadi , sebuah kedai makanan yang terken...
Pagi itu, Aiman terasa ada sedikit kelainan dalam perasaannya. Cuaca cerah, tetapi di dalam hati ada rasa berdebar yang tidak dapat dijelaskan. Dia merasakan hari ini akan menjadi lebih istimewa dari biasa, walaupun belum ada petanda yang jelas. Setelah memulakan hari dengan sarapan ringkas, Aiman bersiap sedia untuk keluar rumah. Seperti biasa, motosikal tua itu menemaninya, dan dia kembali memulakan perjalanan. Ada banyak pesanan yang perlu dihantar hari ini, dan Aiman tahu masa yang diperlukan untuk setiap penghantaran perlu diperhatikan dengan teliti. Destinasi pertama adalah Nasi Lemak Kak Chah , sebuah kedai yang terkenal dengan nasi lemaknya yang pedas. Aiman sudah sering menghantar pesanan ke sana, dan Kak Chah selalu menyambutnya dengan senyuman meskipun dalam keadaan sibuk. "Alhamdulillah, Aiman. Terima kasih datang awal pagi ni," kata Kak Chah sambil memberi pesanan. "Sama-sama, Kak Chah. Saya nak cepat sikit, jalan agak sesak pagi ni," jawab Aiman s...
Alhamdulillah dapat juga menyiapkan logo untuk AJ Channel berkaitan dengan Footage Drone dengan menggunakan Canva ,memang memenatkan sebab saya sebenarnya tiada asas bahagian grafik dsgn hanya sekadar mencuba sahaja Canva ni memang bagi saya sangat mudah digunakan ,template dsgn yang digunakan sangat simple dan elegant ,tunggu edit sahaja .Saya hanya edit template yang disediakan sahaja sebenarnya .Dibawah ini hasilnya Bagi yang nak mencuba Canva ,taip sahaja Canva di google ,Canva ni ada free akaun ,tapi yang saya guna adalah akaun pro ,percubaan selama 30 hari sebelum bayaran dikenakan .Nanti saya kongsi selanjutnya berkaitan dengan canva
Comments
Post a Comment